Sunday, March 1, 2009

Senarai Barang Asas Sambut Baby Pertama

Berikut adalah senarai barang yang amat diperlukan oleh seoang bayi yang baru lahir.

  1. Baju Lengan Panjang 100% cotton (6)
  2. Baju Lengan Pendek 100% cotton (6)
  3. Singlet Bayi 100 % cotton (4)
  4. Seluar Panjang Berstokin (6)
  5. Seluar Panjang Tanpa Stokin (4)
  6. Seluar Pendek (4)
  7. Selimut Bertopi (1)
  8. Selimut Tanpa Topi (2)
  9. Barut (6)
  10. Kain Lampin (1 set)
  11. Topi Bayi (1)
  12. Sarung Kaki & Tangan (5 pasang)
  13. Stokin Lawa Untuk Jalan2 (2)
  14. Tuala Mandi Bayi (2)
  15. Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers(Plastic Changing Mat) (1)
  16. Vaseline (Petroleum Jelly)
  17. Minyak Yu Yee Cap Limau (1) - utk sapu perut bayi lepas mandi & elak kembung perut
  18. Botol Susu kecil
  19. Berus Botol
  20. Susu Formula utk Bayi Baru Lahir (Jika bayi sukar minum Susu Ibu) - Pek Kecil
  21. Breast Pump (Optional)
  22. Bag bayi
  23. Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang Saiz NEWBORN atau XS
  24. Baby Wet Wipes Pek Besar dan kecil
  25. Bedak Bayi (biasa)
  26. Besen Mandian Bayi
  27. Shampoo Bayi - Mula-mula beli yang kecil takut-bayi tak serasi
  28. Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
  29. 1 set bantal bayi
  30. Set Buai Bayi ( Tidak digalakkan ajar anak tidur dalam buai-supaya mudah bawa anak bertandang ke rumah orang lain.)
  31. Thermos air panas
  32. Set Katil Bayi (Optional)
  33. Kelambu ala-tudung saji
  34. Musical Toys / Music Box Utk lenakan bayi (Optional)

P.s. Dinasihatkan supaya barang-barang yang masih boleh digunakan disimpan dengan elok dan dibungkus dengan baik. Ianya boleh digunakan untuk baby yang akan datang...atau mungkin boleh dijual...atau amat digalakkan supaya anda berikan kepada ibubapa yang kurang berkemampuan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment